Terma & Syarat-Syarat Permohonan Janji Temu MPM

Tempahan melalui sistem ini adalah berdasarkan kaedah first come first serve. Slot yang disediakan adalah terhad bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disarankan oleh Kerajaan dapat dipatuhi. Sekiranya tarikh dan slot masa yang dipilih telah penuh, pengguna perlu membuat pilihan lain;

Permohonan janji temu boleh dibuat seawal satu (1) hari dari tarikh janji temu dan sehingga 3 bulan dari tarikh semasa, tertakluk kepada kekosongan;

Pengguna hendaklah memilih tarikh dan slot masa mengikut waktu operasi / bekerja rasmi berdasarkan pilihan;

Pemohon perlu berada di MPM sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu temu janji. Pihak MPM berhak untuk membatalkan janji temu sekiranya lewat;

Sekiranya pemohon mempunyai simptom seperti demam dan batuk, pemohon tidak dibenarkan hadir berurusan dan perlu membuat tempahan janji temu semula;

Pemohon adalah diingatkan bahawa permohonan janji temu di MPM adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara dan arahan yang berkuatkuasa;

Perkhidmatan MPM Janji Temu ini adalah percuma. Pihak MPM tidak pernah melantik ejen atau mana-mana individu sebagai orang tengah dalam sebarang urusan termasuklah permohonan janji temu.